
Bagaimana nak memiliki gelaran Ir. di Malaysia?
Sebelum itu, apa itu Ir.?
Gelaran “Ir.” ialah singkatan daripada Ingenieur, perkataan Belanda/Jerman untuk “Jurutera.” Ia diberikan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) kepada individu yang telah memenuhi semua syarat ketat untuk pendaftaran profesional di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967.
Syarat utama untuk seseorang itu mendapatkan Ir adalah;
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah (Graduate Engineer)
- Mempunyai pengalaman kerja / praktis kejuruteraan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
Selepas syarat di atas dipenuhi, Jurutera itu boleh la ke langkah seterusnya dengan memilih laluan / cara yang rasa paling sesuai dan selesa untuk mendapatkan gelaran tersebut. Terdapat tiga (3) laluan untuk seseorang Jurutera itu untuk mendapatkan gelaran Ir..
Laluan A (Route A) – Professional Assessment Examination (PAE)
Laluan B (Route B) – Professional Assessment Examination (PAE)
Laluan C (Route C) – Professional Interview (PI)

ROUTE A – PROFESSIONAL ASSESSMENT EXAMINATION (PAE)
Bermula pada tahun 2023, Board of Engineers Malaysia (BEM) mula memperkenalkan sistem penilaian melalui Ujian Penilaian Profesional (Outcome-Based PAE) . Berbanding cara sebelum ini, penilaian melalui Outcome Based tidak lagi difokuskan kepada rekabentuk semata-mata, tapi secara menyeluruh.
Sebelum ini, untuk dapatkan Ir., syarat pengalaman minima adalah tiga (3) tahun dan memiliki pengalaman;
- Minima satu (1) tahun Pengalaman Rekabentuk
- Minima satu (1) tahun Pengalaman Tapak
Namun, melalui penilaian cara baru, tiada lagi keperluan di atas dan ini membuka peluang kepada jurutera yang tidak pernah bekerja di syarikat perunding. Syarat di atas adalah kekangan utama Jurutera di Malaysia untuk mendapatkan Professional Engineer (PE).
Route A juga adalah pilihan utama bagi Jurutera untuk menjadi PE di Malaysia, ini kerana berbanding dengan Route B & Route C, Jurutera tidak perlu membuat pendaftaran dengan organisasi lain dan hanya perlu berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sahaja. Berikut adalah syarat minima untuk berdaftar PE melalui Route A.
Syarat Minima
- Jurutera Siswazah (Graduate Engineer) yang berdaftar dengan BEM
- Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; 2 Tahun Latihan Umum, 1 Tahun Pembangunan Kerjaya, 1 Tahun Pengalaman Tempatan
- Lulus BEM – Professional Assessment Examination (PAE)
ROUTE B – JURUTERA DARI BADAN PROFESIONAL LUAR NEGARA
Route B menawarkan laluan khas bagi jurutera yang telah mempunyai kelayakan Professional Engineer dari luar negara untuk mendaftar di Malaysia. Laluan ini sesuai bagi mereka yang telah bekerja dan memiliki pengiktirafan PE dari luar negara. Contoh pengiktirafan dari luar negara adalah seperti IStructE, CEng., ICE dan lain-lain.
Syarat Minima
- Jurutera Siswazah (Graduate Engineer) yang berdaftar dengan BEM
- Memiliki Professional Engineer dari Luar Negara yang diiktiraf oleh BEM
- Lulus BEM – Code of Conduct Assessment
ROUTE C – AHLI KORPORAT INSTITUTE OF ENGINEERS MALAYSIA (MIEM)
Route C merupakan laluan khusus bagi Jurutera Siswazah yang telah lulus Professional Interview (PI) dan menjadi Ahli Korporat di Institute of Engineers Malaysia (IEM). Setelah lulus PI oleh IEM, Jurutera perlu membuat permohonan dengan BEM dengan mengemukakan Sijil Ahli Korporat IEM untuk diiktiraf sebagai Professional Engineer, Ir. melalui MyBEM.
Syarat Minima
- Jurutera Siswazah (Graduate Engineer) yang berdaftar dengan BEM
- Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; 2 Tahun Latihan Umum, 1 Tahun Pembangunan Kerjaya, 1 Tahun Pengalaman Tempatan
- Ahli Korporate di Institute of Engineers Malaysia (IEM)
Sumber ;
https://bem.org.my/Landing/exam
https://www.myiem.org.my/content/professional_interview_pi_-801.aspx
